PETALING JAYA – Aliran trafik di Plaza Tol Gombak dilaporkan sudah mula sesak susulan peningkatan jumlah kenderaan setakat pukul 10 pagi, hari ini.
Menerusi tinjauan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), keadaan trafik di sekitar plaza tol berkenaan sedikit perlahan, namun masih terkawal.
Bagaimanapun, menurut LLM, trafik di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) masih bergerak lancar.
Dalam pada itu, LLM berkata, pihaknya sudah mengaktifkan ‘Smartlane’ di Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara melibatkan Senai Utara ke Kulai, pagi ini.
“Pembukaan ‘Smartlane’ itu membolehkan lorong paling kiri boleh dilalui bermula dari Kilometer (KM) 19.0 sehingga KM 27.0,” katanya. – KOSMO! ONLINE