fbpx

‘Saya mohon maaf kepada UMNO’ – Salahuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin (kiri) bersalaman bersama Ahmad Zahid (kanan) pada Majlis Sambutan Aidilfitri TPM di Putrajaya tadi. Foto oleh FAISOL MUSTAPA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub memohon maaf kepada UMNO di atas keterlanjuran kenyataan dikeluarkan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad baru-baru ini.

Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata, beliau secara peribadi memohon maaf jika kenyataan oleh Khalid itu menyinggung atau melukakan UMNO.

“Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, saya bagi pihak Amanah memohon maaf atas kenyataan dikeluarkan oleh Khalid.

“Sebarang keterlanjuran itu bagi saya biasalah bagi orang politik. Kadang kala kita terlanjur dan tidak ada malunya kita memohon maaf sekiranya ia melukakan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Seri Satria, di sini hari ini.

Katanya, buat masa ini, apa yang penting adalah memperkukuhkan posisi dalam kerajaan dan menyelesaikan isu rakyat.

Salahuddin berkata, Kerajaan Perpaduan ketika ini sedang berhadapan dengan persediaan enam Pilihan Raya Negeri (PRN) justeru, ukhwah dan perpaduan serta kekuatan parti gabungan adalah lebih penting.

Menurutnya, beliau berharap isu itu dapat diselesaikan segera malah, permohonan maaf itu sudah beliau sampaikan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI