PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terhadap empat negeri pagi ini.
MetMalaysia berkata, hujan lebat dijangka di negeri Pahang iaitu sekitar Rompin.
Sementara bagi negeri Johor, kawasan yang terlibat adalah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Seterusnya, ribut petir diramal berlaku di Sarawak iaitu sekitar Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) manakala di Sabah, Sandakan (Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).
Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. -KOSMO! ONLINE.