fbpx

Rakan dakwa Hattan tak tahu temu bual disiarkan ‘live’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALIMEY menjelaskan Hattan tidak mengetahui dihubungi untuk sebuah temu bual siaran langsung.

PETALING JAYA – “Hattan tak tahu ‘benda’ itu siaran langsung (live), dia baru bangun tidur.”

Demikian kata rakan baik kepada penyanyi otai Datuk Hattan, Salimey Abu Bakar yang mendakwa penyanyi Biso Bonar itu tidak mengetahui bahawa temu bual mengenang pemergian Allahyarham Mael bersama Awani disiarkan secara langsung.

Katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini, dia menonton siaran berita Astro Awani kelmarin pada pukul 10.40 pagi dan berasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku.

“Macam ada ‘something wrong’. Takkanlah beliau tak diberitahu penerbit temu bual tersebut dikeudarakan secara ‘live’.

“Dia tak tahu temu bual itu ‘live’, takkan penerbit rancangan tak ‘brief’ atau beritahu dia terlebih dahulu.

“Saya bukan nak memihak kepada beliau tapi apa saya boleh ceritakan, saya terus hubungi beliau dan bertanyakan situasi sebenar. Soalan pertama yang saya ajukan, Datuk tahu ke yang panggilan tadi ‘live’?

“Jawapan yang diberikannya, ‘apa live?Aku tak tahu, katanya’. Saya tanya lagi, ‘biar betul Datuk tak tahu?’

Dia jawab: ‘Tak tahu, aku tengah baring mereka ‘call’ tanya soalan, aku jawab la mcm biasa’. Mungkin dia ingat cakap dengan kawan-kawan biasa atau rapat,” jelas Salimey.

Menurut Salimey, dia berasakan, tidak mungkin Hattan tidak tahu protokol apabila ditemubual secara langsung di televisyen atau radio.

“Tidak adil satu kesalahan terus dilemparkan kepada artis seperti Datuk  Hattan saja kerana beliau tidak minta ditemubual dalam siaran berita terbabit.

“Sebaliknya, penerbit berita Astro Awani harus bersedia dengan soalan-soalan dan jawapan untuk diberi pada panel dan pembaca berita pada masa terbabit.

Terdahulu, nama Hattan atau nama sebenarnya, menggelegak apabila dikecam rakyat Malaysia selepas insiden penerbitan temu bualnya dengan seorang pembaca berita Astro Awani yang disifatkan biadab

Isu bermula apabila Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin menempelak pembaca berita bernama Nur Syazwani Saiful Sham itu yang dikatakan tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan berkaitan Mael XPDC.

Hattan dihubungi untuk temu bual secara langsung untuk mendapatkan pandangan mengenai lirik lagu kumpulan XPDC yang dikatakan ‘makan dalam’.

Berikutan itu, ramai pihak menggesa agar penyanyi lagu Rendang Tak Berbuah itu melakukan permohonan maaf termasuklah Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI