fbpx

Penyeludup tak sempat seludup 935 liter petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDN memeriksa tong mengandungi petrol yang dirampas di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu hari ini. FOTO IHSAN KPDN

KOTA BHARU – Seorang penyeludup lari meninggalkan sebuah kereta mengandungi sebanyak 935 liter petrol bernilai RM1,916 selepas kegiatannya dikesan pihak berkuasa di Kampung Pulau Melaka di sini hari ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, serbuan dilakukan berhampiran sebuah stesen minyak pukul 3.55 pagi tadi.

Menurutnya, sebelum itu, anggota KPDN mengesan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback sedang membeli petrol di stesen minyak tersebut.

“Hasil peneriksaan menemui sebanyak 935 liter petrol yang diisi dalam tong dan tangki tambahan tersebut.

“Menyedari kehadiran anggota KPDN, suspek berjaya melarikan diri ke dalam kawasan semak berhampiran stesen minyak itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI