fbpx

‘Penting seni bertanya, menjawab soalan contoh buat generasi muda’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAGAI graduan komunikasi korporat, Hun berpendapat bahawa adalah sangat penting menunjukkan nilai yang baik-baik ketika berbicara dengan orang lain.

SHAH ALAM – Pelakon Hun Haqeem menasihatkan mana-mana pihak tidak kira tua atau muda agar sentiasa menjaga adab ketika berbicara atau berkomunikasi dengan orang lain.

Hun atau nama sebenarnya, Haqeem Hermy berkata, tidak menjadi satu kesulitan pun untuk melontarkan perkara yang baik-baik dalam nada yang sopan ketika berbicara kerana itulah yang sebaiknya.

“Sebagai bekas pelajar komunikasi, bagi saya, sesama manusia komunikasi itu terjadi dengan adanya dua orang.

“Bahkan, kalau kita bercakap dengan binatang pun, proses itu berlaku dengan dua entiti bukan berseorangan.

“Kalau cakap dengan orang, sudah tentu kita perlu jaga hati dan perlu ada adab,” katanya kepada Kosmo! Online usai majlis pembukaan cawangan baharu Elitez MMA & kejohanan Elitez Fight Night 5, di sini, semalam.

Jelas graduan Diploma Komunikasi Korporat sebuah koleh swasta itu, dalam komunikasi perlu dan pentingnya seni bertanya dan menjawab soalan.

“Perlu ada seni bertanya dan menjawab soalan. Orang yang ingin memulakan perbualan, kena imbas atau buat homework sikit, umur orang yang diajak berborak berapa, cara dia bercakap macam mana dan sebagainya.

“Contoh, kalau orang yang ditemubual pakaian digayakan sedikit berbeza atau sopan, soalan yang diutarakan perlu ‘adjust’ sedikit.

“Orang Melayu lagi istimewa. Nahu dan gaya percakapan kita sangat sopan. Orang berbudi, kita berbahasa.

“Kita kita amalkan budaya yang baik sopan santun ketika berbicara, memang sangat-sangat manis.

“Sekarang macam dah kurang sikit (budi bahasa). Sebab itu, pentingnya contoh yang baik daripada orang lama agar menjadi ikutan yang positif untuk generasi akan datang,” ujar Hun, 25.

Terdahulu, dunia seni negara dikejutkan dengan respons kurang beradab daripada penyanyi senior tanah air, Datuk Hattan ketika ditemubual secara ‘live’ seorang pembaca berita bertanyakan tentang permergian Allahyarham Mael XDPC, baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI