fbpx

Pemuda UMNO minta PM nilai semula peruntukan sekolah agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu peruntukan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SPMC) dan Sekolah Agama (SA).

Ketuanya, Dr. Akmal Saleh berkata, surat itu akan meminta Perdana Menteri menilai semula jumlah peruntukan yang diberi dan penambahbaikan secara konstruktif dilakukan.

“Kita tidak mempertikaikan siapa yang wajar atau tidak diberi peruntukan kerana pendidikan adalah aset utama negara.

“Tetapi apa yang dipersoalkan adalah jumlah peruntukan yang disalurkan secara purata mestilah lebih adil dan munasabah.

“Mana mungkin SMPC, sebuah institusi pendidikan swasta mendapat peruntukan secara purata sama rata, tetapi bukan institusi pendidikan Islam yang dijamin dalam perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Akmal berkata, jika peruntukan kepada SMPC tidak boleh dikurangkan atau dinilai semula, maka amat wajar kerajaan menaikkan peruntukan kepada institusi pendidikan agama agar pembahagian secara purata yang lebih adil dan munasabah.

Tegas beliau, perkara itu diperjuangkan bukan atas dasar sentimen dan kepentingan politik, sebaliknya soal hak dan keadilan serta kepentingan sejagat.

Media sebelum ini melaporkan Akmal mempersoalkan tentang peruntukan RM15.7 juta diluluskan oleh Perdana Menteri bagi SMPC dan sebanyak RM150 juta diperuntukkan kepada sekolah tahfiz dan institusi pondok.

Menurut beliau, sebanyak RM150 juta itu diperuntukkan bagi 1,276 institusi sekolah agama berdaftar yang bermaksud setiap satu sekolah hanya mendapat RM117,500 berbanding RM15.7 juta bagi 63 buah SMPC, satu sekolah mendapat RM250,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI