fbpx

Pemandu lori ECRL maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan jenis Mitsubishi Triton dipandu Saifuddin yang terlibat dalam kemalangan di KM 3, Jalan Kemasik - Air Jertih, Kemaman, Terengganu hari ini.

KEMAMAN – Seorang pemandu lori Projek Rel Laluan Pantai Timur (ECRL) maut selepas kenderaan pikap dipandunya merempuh sebuah lori muatan batu kuari di Kilometer 3, Jalan Kemasik-Ayer Jernih di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa, Saifuddin Sapri, 32, berasal dari Kampung Chabang, Kerteh mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dilaporkan meninggal dunia setelah beberapa jam menerima rawatan di Hospital Kemaman di sini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, Saifuddin yang memandu kenderaan jenis Mitsubishi Triton sedang dalam perjalanan ke Dungun bersama dua rakan sekerjanya.

“Kenderaan yang dipandu mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah lori jenis Hino dan impak rempuhan itu menyebabkan mangsa yang dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, dua lagi rakan sekerja Saifuddin berusia 26 dan 58 tahun serta pemandu lori berusia 43 tahun berasal dari Kampung Teladas, Air Putih di sini terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI