fbpx

Pelajar universiti menangis, sehari tak makan gara-gara kafe tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian pelajar tersebut di TikTok @bainuckal.

PETALING JAYA – Seorang pelajar di sebuah universiti menangis ketika meluahkan kesedihannya kerana sudah sehari tidak makan gara-gara kafe tutup.

Dia yang menggunakan akaun TikTok @bainuckal mendakwa, pihak universiti meminta para pelajar untuk melapor diri di kediaman masing-masing lebih awal dari tarikh sesi pengajian bermula, namun kemudahan di institusi tersebut masih belum beroperasi termasuklah kafe.

“Semalam saya dah tak makan satu hari, tak makan itu bukan tak ada duit tapi sebab kafe tak buka.

“You know what (awak tahu tak) universiti ini suruh kita masuk tapi dia tak nak buat online (belajar secara dalam talian) dua dan tiga, tapi makanan semua tak ada dalam ini (universiti).

“Habis itu macam mana student (pelajar) yang masuk ini nak makan apa?,” soalnya menerusi sebuah video yang dimuat naik hari ini.

Bercerita lanjut, individu itu berkata, hari ini seorang pelajar senior telah membelikannya makanan yang dibungkus dari kedai luar kerana kesian akan nasibnya yang masih tidak makan sejak semalam.

“Tapi saya sangat terharu, sebab ada kakak seorang ini tanya saya dah makan ke tak, sebab kafe di sini tak buka.

“Saya pun cakap yang semalam saya tak makan, dan saya terharu sangat sebab kakak itu bungkuskan makanan luar untuk saya dan bila saya nak bayar dia kata dia belanja,” kongsinya.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai.

“Adik, tak ada stok makanan ringan kah dalam bilik? Buat la makan alas perut kalau kafe tak buka,” soal Ainiza.

“Kesian budak universiti, duduk rumah makan cukup, balik kampus kafe tutup. Sampai kurus dia saya tengok,” komen @nanaanakganu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI