fbpx

Pasangan warga emas cemas rumah dipukul ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (tiga dari kiri) menziarahi Dul Jalil (dua dari kanan) selepas rumah pasangan warga emas itu dilanda angin kencang ketika hujan lebat di Kampung Sungai Yu , Tanjong Karang, Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Sepasang suami isteri warga emas menempuh detik cemas apabila rumah mereka di Kampung Sungai Yu, Tanjong Karang di sini, dipukul ribut ketika hujan lebat, baru-baru ini.

Kejadian pukul 6.50 petang, Khamis lalu mengakibatkan bumbung ruang tamu Dul Jalil Mahmud, 70, dan Jamiah Mustamar, 64, tercabut dan diterbangkan angin.

Insiden itu diceritakan Dul Jalil ketika menerima lawatan bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar yang turut memberikan sumbangan membaik pulih rumah kepada pasangan tersebut.

Kata Dul Jalil, semasa kejadian dia dan isterinya sedang sibuk mengemas di dapur selepas menerima kunjungan tetamu beraya.

“Tidak lama selepas mereka pulang, saya terkejut apabila terdengar bunyi dentuman amat kuat.

“Saya pada mulanya menyangka ia guruh atau petir namun melihat bumbung ruang tamu tercabut dan air hujan mula membanjiri rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi itu hari ini.

Tambah Dul Jalil, kejadian itu berlaku sekelip mata dan bersyukur kerana terselamat.

“Mujur bumbung itu tidak jatuh menghempap ruang tamu. Saya baru saja membeli kerusi plastik dan perabot seperti sofa dialihkan ke dapur,” ujarnya.

Sementara itu, Noh berkata, kerja membaik pulih rumah berkenaan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh terdekat. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI