fbpx

Masalah bekalan air Marang dijanji selesai hujung tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mamad (kanan) memberi duit raya kepada kanak-kanak pada Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini

HULU TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu memberi jaminan masalah gangguan bekalan air yang sering melanda daerah Marang termasuk pada musim perayaan Aidilfitri minggu lalu bakal diselesaikan pada hujung tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu, Dr. Mamad Puteh berkata, projek naik taraf pembekalan air di daerah itu sejak giat dijalankan sejak tahun lalu.

“Saya dimaklumkan projek tersebut yang menelan belanja RM60 juta berkenaan telah mencapai tahap kira-kira 85 peratus.

“Insya-Allah jika tiada aral, ia akan siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini,” katanya ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang di sini hari ini.

Marang merupakan satu-satunya daerah di Terengganu yang terjejas dengan gangguan bekalan air pada musim perayaan Aidilfitri kali ini sehingga mencetuskan rungutan ramai penduduk daerah tersebut.

Terdahulu, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu) telah memaklumkan masalah itu berpunca daripada projek menaik taraf paip utama dari Loji Rawatan Air (LRA) Kepong ke dua tangki utama di daerah Marang yang masih belum siap sepenuhnya.

Mamad memberitahu, kerja-kerja menaik taraf paip utama terbabit turut berdepan cabaran untuk disiapkan dengan tempoh sasaran kerana perlu merentasi sungai dan jalan raya utama.

Jelas beliau, projek itu amat penting kerana Marang satu-satunya daerah di negeri ini yang masih tidak memiliki LRA sendiri dan terpaksa bergantung kepada daerah lain. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI