fbpx

Isu tukar agama, Jasmine Suraya tiada masalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERCUTIAN ke India menjadi satu daripada perjalanan jiwa Jasmine sebagai persediaan sebuah karakter baharu yang bakal dijayakan tidak lama lagi.

UMPAMA magnet, setiap langkah model dan pelakon sensasi, Jasmine Suraya Chin bagai diekori mata-mata yang cuba mencatat tindakan mahu pun perlakuannya.

Bahkan, ketika jauh di negara orang, mengambil angin segar dan merehatkan minda, nama bintang kelahiran Kuching, Sarawak itu masih dihambat kontroversi.

Berbekalkan jiwa kental, pelakon Paskal itu enggan peduli mengenai spekulasi kononnya dia sudah menukar agama sebagaimana hangat diperkatakan dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.

Menurut Jasmine, 33, tidak sedetik pun emosi mahu pun keseronokan percutian sepanjang berada di India terganggu dek spekulasi liar tersebut.

Katanya, terpulang kepada orang ramai untuk menilai, namun baginya fokus terhadap aura positif lebih diutamakan berbanding melayan perkara tidak berfaedah.

“Saya tak terkejut pun apabila ada pihak salah faham, cuma saya tak sangka ramai yang mesej dalam laman sosial terutama selepas saya kongsi momen percutian dalam Insta Story.

“Saya pun tak tau sebenarnya siapa yang mula-mula menyebarkan dakwaan sebegitu. Sejujurnya saya tak kisah, tak mahu peduli.

“Saya belajar satu perkara dalam percutian ini, kita hanya perlu fokus dan letak energi dalam hal yang kita suka.

“Perasaan sekarang sangat lega dan lebih segar sekarang. Maksudnya kita tumpukan saja kepada perkara baik,” katanya yang sudah kembali ke tanah air beberapa hari lalu.

Ulas Jasmine lagi, ada pihak salah faham mengenai aktiviti disertai di sebuah lokasi di New Delhi apabila menganggap sesi rejuvinasi diri sebagai sebahagian daripada ritual keagamaan.

“Tidak mengapalah,” tambahnya yang memaklumkan memulakan percutian pada pertengahan bulan ini.

Pelakon itu turut menyatakan pemergian ke negara tersebut merupakan kejutan daripada rakan baik untuk sama-sama merehatkan diri.

“Boleh dikatakan percutian ini sebagai masa untuk berehat dari segi minda dan fizikal yang dirancang dua kawan rapat saya.

“Mereka buat kejutan dan beli tiket pun pada saat akhir. Jadi saya ikut saja pelan mereka sepanjang dua minggu di sana.

“Ini juga kunjungan pertama saya ke India, jadi saya teringin mendekati kehidupan orang tempatan, merasai tradisi kehidupan serta memahami adat mereka,” katanya.

Terdahulu, Jasmine berkongsi momen mengikuti upacara yang memperlihatkannya memakai kerudung dan mengenakan persalinan tradisional masyarakat India.

Sebelum ini, Jasmine pernah secara terbuka mengakui ada menghadiri kelas untuk menambah pengetahuan tentang Islam.

Percutian ke India juga menjadi antara kesempatan buat Jasmine membentuk satu karakter untuk sebuah projek baharu yang bakal dijayakannya tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI