fbpx

Hujan lebat di seluruh negera petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka landa seluruh negeri sehingga pukul 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, ribut petir dijangka landa seluruh negeri Perlis, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Katanya, cuaca sama diramal bagi Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) manakala Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Batang Padang dan Muallim.

Seterusnya, hujan lebat dijangka di Kelantan (Jeli, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin).

Cuaca sama berkenaan turut melanda Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) dan juga Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau) Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Pontian).

Sehubungan itu, angin kencang turut dijangka di Sarawak, iaitu di sekitar Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Miri (Marudi) dan Limbang.

Bagi Sabah pula adalah sekitar Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI