fbpx

Harapan cerah buat kuartet 4x100m wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUARTET negara berjaya menjuarai Terbuka Singapura sekali gus memberikan harapan cerah untuk meraih pingat pada Sukan SEA Kemboja nanti.

KEJAYAAN menjuarai Terbuka Singapura memberikan keyakinan terbaik buat kuartet 4×100 meter (m) wanita negara untuk mencipta kejutan meraih pingat emas Sukan SEA Kemboja di Stadium Nasional Morodok Techo pada 10 Mei ini.

Ia berdasarkan prestasi semasa gandingan Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Aishah Rofina Aling, Azreen Nabila Alias and Nur Afrina Mohd Rizal yang merekodkan catatan masa 45.70 saat (s) pada final Terbuka Singapura kelmarin.

Tempat kedua dan ketiga acara yang diadakan di Hab Sukan Singapura itu dimenangi Si­ngapura (45.82s) serta Thailand (46.06s).

Aishah Rofina yang menjadi pelari utama kuartet negara kelmarin, menyifatkan kejayaan itu membakar semangat mereka untuk memberikan aksi lebih baik kerana ia sudah tidak jauh de­ngan catatan rekod kebangsaan 45.18s.

“Terbuka Singapura antara platform terakhir untuk memperbaiki larian dan meningkatkan lagi keupayaan sebelum ke Sukan SEA Kemboja. Sudah tentu kemenangan ini meniup semangat saya dan rakan-rakan untuk mencipta keputusan positif.

“Kalau boleh kami mahu bawa pulang pingat emas untuk negara dalam acara 4x100m. Persaingan sudah tentu hebat, tetapi ada rezeki untuk Malaysia membawa pulang pingat nanti,” kata atlet berusia 23 tahun itu.

Rekod 4x100m kebangsaan sebelum ini dicipta oleh kuartet yang diwakili Zaidatul, Nurul Faizal Asma Mazlan, Siti Fatimah Mohamed dan S. Komalam Shally ketika melakukannya pada Kejohanan Olahraga Asia 2017 di Bhubaneswar, India.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI