fbpx

Habis sahaja Ramadan, Daiyan Trisha kembali seksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAIYAN TRISHA

SEPANJANG Ramadan lalu, sejuk mata Diva memandang penampilan pelakon jelita Daiyan Trisha apabila tampil dengan imej sopan dan tertutup.

Lebih-lebih lagi ketika Ramadan lalu Daiyan sempat menunaikan ibadah umrah buat kali kedua. Seperti yang semua tahu, antara perkara yang dipohon oleh Daiyan adalah doa daripada orang ramai supaya dirinya dibukakan pintu hati untuk berubah ke jalan yang lebih baik.

Alih-alih, baru-baru ini Daiyan ada berkongsi beberapa keping foto menghadiri sebuah majlis dengan berpakaian yang agak mencolok mata.

Eh? Dah seksi balik ke? Syawal belum pun lagi melabuhkan tirainya. Dalam majlis tersebut, pelakon berusia 29 tahun itu dilihat menggayakan gaun hitam dengan potongan yang agak luas pada bahagian dadanya.

Biarpun tidaklah terlalu seksi sehingga membuatkan biji mata berdarah, namun potongan dada gaun itu yang agak luas, boleh membuatkan sesiapa sahaja geleng kepala.

Dalam ruangan komen, ada segelintir pengikutnya tetap mendoakan semoga Daiyan dapat menutup auratnya dengan sempurna suatu hari nanti.

“Semoga dipermudahkan perjuangan Daiyan menutup aurat dengan sempurna,” kata seorang peminatnya.

Tapi tak banyak pun komen yang mendoakan supaya Daiyan berubah, sebab paling banyak komen memuji gaun yang digayakan itu kerana dikatakan cantik. Mungkin komen-komen jelek dah dipadam? Eh!

DIVA: Masing-masing menggelupur bila pakar berpendapat Malaysia bakal menjadi sebuah negara ‘gempa bumi’ pada masa akan datang. Baru tahu takut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI