fbpx

Dia tak kenal isteri sendiri, tuduh saya ada lelaki lain – Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIANA meluahkan rasa hatinya bahawa cintanya terhadap Farid (kanan) sudah pudar.

PETALING JAYA – Pelakon Diana Danielle menganggap tuduhan dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain sebagai bukti suaminya, Farid Kamil tidak mengenali isteri sendiri.

Kata Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, selepas hilang perasaan cinta terhadap suaminya itu, hatinya sudah tidak dapat lagi menanggung kesakitan apatah lagi membiarkan diri terus dilukai.

“Andai awak terdetik sejenak dengan memikirkan saya ada lelaki lain, itu adalah bukti asas awak tidak mengenali saya.

“Selepas cinta terhadap awak pudar, saya tidak mampu menanggung kesakitan dan membiarkan hati saya dihancurkan semula,” katanya.

Diana, 32, berkongsi luahan perasaan itu menerusi InstagramStory, semalam.

Hantaran tersebut seolah-olah sebagai cara bintang filem Imaginur itu menyampaikan mesej terbuka kepada suaminya.

Terdahulu pada 1 Syawal lalu, pengarah dan pelakon terbabit dilihat menyambut hari raya secara berasingan dan terpaksa memisahkan anak-anak mereka buat sementara.

Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 42, bersama anak lelaki mereka, Mohamad, 10, beraya di Kedah, manakala Diana dengan Nur Aurora, 8, di Kuala Lumpur.

Situasi berkenaan disebabkan kemelut dalaman dilalui mereka yang belum selesai selepas sutradara merangkap aktor itu enggan ‘melepaskan’ Diana dengan alasan masih mencintainya.

Sebelum itu pada 10 Mac lalu aktres terbabit telah memfailkan permohonan cerai atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Ketika sebutan permohonan cerai tersebut, mereka dinasihatkan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam, Selangor untuk berdamai.

Pasangan yang mendirikan rumahtangga pada 2012 itu bakal menghadiri prosiding sulh kedua yang dijadualkan pada 25 Mei depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI