fbpx

Boss James rai pekerja, belanja barang kemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan Boss James membawa pekerjanya ke sebuah kedai emas untuk meraikan mereka.

PETALING JAYA – Usahawan dan pempengaruh media sosial terkenal, Boss James telah membuat kejutan sempena hari raya apabila membeli emas untuk pekerjanya.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Boss James dilihat membawa beberapa kakitangannya ke sebuah kedai emas dan belanja mereka membeli barang kemas mengikut pilihan masing-masing.

Jelas Boss James, pemberian itu adalah sebagai ganjaran kepada pekerja dan tanda menghargai jasa serta pengorbanan mereka terhadap syarikat.

“Hari ini hari penting, kejutan raya untuk orang hebat dalam team (pasukan) saya, untuk hargai hasil penat lelah mereka. Yang berusaha lebih tanpa meminta balasan.

“Kegigihan mereka perlu saya balas, dengan hadiah yang nilainya tidak seberapa. Sakit poket tak mengapa. Janji tak sakit hati. Senyuman mereka penting buat saya,” katanya di laman Facebook.

Pada masa sama, dia turut mengambil peluang dengan menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka kerana tidak pernah mengalah dan sentiasa mempercayainya sebagai majikan dalam merealisasikan impian.

“Syukur masih berjuang bersama, menjadi tulang belakang saya dalam apa yang kami kerjakan.

“Terima kasih sebab tak pernah mengalah, sentiasa percaya saya untuk kita sama-sama realisasikan impian kita.

“Korang (anda semua) memang hebat, semoga hubungan kita sentiasa dipelihara, dalam lindungan tuhan. Saya sayang semua!” ujarnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna memuji sikap Boss James yang tidak pernah melupakan jasa pekerjanya dan sentiasa menyantuni mereka dalam susah mahu pun senang.

“Berbuat baik dan membantu satu sama lain, dalam hal inilah manusia sepatutnya tamak, tamak untuk berbuat baik, ‘respect’ Boss James,” tulis Addi Nash.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Rose Rose.

“Ini antara sebab seorang boss boleh murah rezeki, doa dari staf-staf dia yang dah dilakukan dengan baik. Semoga bisnes lebih lancar dan lebih murah rezeki lagi selepas ini Boss James dan staf,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI