PETALING JAYA – Anak bongsu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Norashman telah bertunang dengan gadis pilihannya, Nikola Mulyadi.
Perkara tersebut telah dikongsi dikongsikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi di laman Facebooknya semalam.
Bagaimanapun, majlis yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur itu tidak dihadiri Najib dan keluarga Ashman diwakili Ahli MKT, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.
Sementara itu, bagi pihak keluarga perempuan, ia diwakili oleh Datuk Johan Abd Aziz yang juga Ahli MKT UMNO.
“Memang tidak lengkap pertunangan anak bongsu Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor hari ini berlangsung tanpa kehadiran Bossku (Najib).
“Ashman yang kebetulan duduk di sebelah saya tetap tenang dan ceria. Ashman juga excited (teruja) kerana pukul 3 petang dia dan tunangnya Nicola akan melawat Bossku di Kajang.
“Mari kita doakan agar pernikahan dan perkahwinan Ashman dan Nicola nanti akan dihadiri oleh Bossku. Semoga Allah memelihara Bossku dan akan kembali dalam perjuangan rakyat. Insya-Allah,” tulisnya semalam.
Turut hadir memeriahkan majlis itu Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.-KOSMO! ONLINE.