fbpx

As’ad Motawh tak ralat jadi anak kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dibesarkan di Ampang, Selangor dan berbapa seorang lelaki berasal dari Libya, penyanyi As’ad Motawh tidak pernah berasa cemburu atau rendah diri melihat kerancakan orang ramai pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari raya. – FAIZ ALIF ZUBIR

AKTIVITI pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri menjadi antara perkara yang paling ditunggu-tunggu setiap kali tibanya lebaran.

Ketika itulah setiap umat Islam akan berkumpul untuk saling bermaaf-maafan bersama saudara-mara disamping menikmati juadah enak yang dihidangkan di pagi 1 Syawal.

Namun, pengalaman sebegitu tidak dirasai penyanyi As’ad Motawh yang tidak mempunyai pengalaman pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.

Kata selebriti berusia 22 tahun itu, dia tidak berpeluang untuk menyambut Aidilfitri dalam suasana desa kerana ibunya berasal dari Kuala Lumpur, manakala bapanya pula berasal dari Libya dan telah menetap lama di Malaysia.

“Lebaran saya tiada istilah ‘balik kampung’ kerana sejak kecil, saya hanya menyambut hari raya di Kuala Lumpur sahaja bersama keluarga.

“Kalau ikutkan saya ada kampung sebenarnya. Tapi kampung saya terletak di Libya memandangkan ayah berasal dari sana.

“Tapi saya tidak pernah pulang ke sana untuk menyambut hari raya dan akan beraya di Ampang sahaja setiap tahun sejak kecil lagi,” katanya.

Kata penyanyi kacak itu lagi, dia sekeluarga memang jarang pulang ke Libya. Jika ada pun, hanya sesekali dalam tempoh beberapa tahun.

Bercakap tentang perasaannya apabila melihat orang ramai berasak-asak pulang ke kampung halaman untuk beraya, As’ad biasa-biasa sahaja memandangkan dia sendiri tidak mempunyai ramai kawan.

“Saya sendiri pun tidak ramai kawan. Jadi saya tidak rasa apa-apa pun,” katanya sambil ketawa.

Berkongsi rutin yang dilakukan semasa hari raya, pelantun lagu Senyum itu memberitahu kebiasaannya, Aidilfitri hanya diraikan sehari sahaja iaitu pada 1 Syawal.

“Rutin raya setiap tahun sama sahaja. Kami akan bangun awal pagi dan pergi solat sunat Aidilfitri.

“Balik rumah akan makan sarapan iaitu juadah raya dan malam buat rumah terbuka. Itu sahaja.

“Kalau ikut rutin, keluarga saya hanya menyambut raya sehari sahaja iaitu pada hari raya pertama,” jelasnya.

Tentang juadah raya pula, As’ad sentiasa menanti hidangan rendang di pagi hari raya kerana mengakui jarang dapat menikmati masakan istimewa pada hari-hari biasa.As’ad menganggap rendang sebagai juadah ‘jarang’ dinikmati kecuali jika dimasak oleh ibunya atau ditempah melalui masakan katering.

“Makanan kegemaran saya semasa Aidilfitri sudah tentu rendang. Tapi ketika raya, mak saya tidak semestinya akan masak rendang.

“Saya anggap masakan rendang ini sebagai juadah yang ‘jarang-jarang’ dapat dapat dinikmati. Sebab mak saya sebenarnya jarang masak.

“Jadi, kalau dia masak rendang ketika hari raya, saya rasa sangat seronok,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI