fbpx

Anwar umum tambah peruntukan RM3.07 juta bina Masjid Changlun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pembinaan Masjid Changlun, Kedah dengan tambahan peruntukan sebanyak RM3.07 juta menjadikan keseluruhan kos pembinaan berjumlah RM5.77 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek itu akan dilaksanakan dengan kadar segera sekali gus dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat untuk mengimarahkan masjid.

“Kerajaan Perpaduan prihatin dan komited dalam memastikan pembangunan yang seimbang di antara semua negeri di negara ini.

“Harus diulangi bahawa Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri demi kepentingan rakyat.

“Ini adalah komitmen Kerajaan Perpaduan dalam menggalas tanggungjawab dengan meletakkan hak rakyat sebagai tunggak utama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI