fbpx

586 kes kemalangan di Kelantan sepanjang Op Selamat 20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (tengah) menyumpit belon ketika merasmikan Program Community Policing di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, Gua Musang, Kelantan hari ini. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH/ KOSMO!

GUA MUSANG – Sebanyak 586 kes kemalangan direkodkan di Kelantan dalam Op Selamat 20 yang dilancarkan sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 20 hingga 27 April lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 112 kes berbanding Op Selamat tahun lalu iaitu 698 kes.

Katanya, dia berpuas hati apabila semua kes kemalangan di Kelantan menurun pada musim perayaan tahun ini sekali gus mencapai sasaran yang telah ditetapkan

“Meskipun dengan keadaan jalan raya kita yang bermasalah terutamanya di Gua Musang, jumlah kes kemalangan dapat diatasi. Ini adalah hasil kerjasama daripada semua pihak yang turut sama membantu mengatasi masalah kesesakan jalan raya sempena musim perayaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Community Policing bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, berlaku peningkatan kes kematian sepanjang lapan hari operasi Op Selamat berbanding hanya sembilan kes tahun lalu dan antara puncanya adalah melibatkan insiden kemalangan maut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI