fbpx

1 dalam sejuta ke London, Nabila beli suplimen kehamilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA HUDA

PETALING JAYA – Tidak pernah berhenti ikhtiar, pelakon Nabila Huda menuai perhatian ramai apabila membeli suplimen kesuburan untuk kehamilan di London, United Kingdom baru-baru ini.

Lari daripada kebiasaan orang lain yang  berkunjung ke London, Nabila atau nama penuhnya Nabila Huda Suhaimi, 39, secara berseloroh berkata , dia menjadi satu dalam sejuta individu yang memilih membeli produk tersebut berbanding barangan berjenama mewah di kota besar dunia itu.

“Orang pergi London beli bajulah, beg berjenama, itu dan ini.

“Dia (diri sendiri) beli ini (suplimen kehamilan). Saya satu dalam sejuta,” katanya menerusi satu ciapan Twitter.

Difahamkan, vitamin tersebut merupakan produk makanan tambahan untuk membantu kehamilan nombor satu di United Kingdom.

Sementara itu, rata-rata netizen turut mengakui keberkesanan produk tersevt, malah ada yang hamil selepas mengambil suplimen sama.

“Saya makan vitamin ini dan alhamdulillah hamil selepas lima tahun berkahwin. Semoga berjaya Nabila!

“Dulu memang amalkan produk ini juga dan syukur dikurniakan anak,” komen netizen.

Nabila sebenarnya singgah di London sebelum tiba di New York, Amerika Syarikat bagi menjalani penggambaran program masakan selama dua bulan di sana.

Untuk rekod, Nabila yang berkahwin buat kali kedua dengan Mohd. Izwan sejak 25 Disember 2015 masih belum dikurniakan cahaya mata.

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Zaidy Zailan, Nabila kini mempunyai seorang anak perempuan tunggal, Keisha Laila berusia 13 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI