fbpx

Yew Sin-Ee Yi mara ke pentas final BAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YEW SIN (depan) dan Ee Yi (belakang) berpeluang menamatkan penantian Malaysia yang kali terakhir menjuarai beregu lelaki BAC pada edisi 2007. - BADMINTON PHOTO

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi meneruskan kecemerlangan apabila mengesahkan tempat ke pentas final Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Kejayaan pasangan No.8 dunia itu hadir selepas menang straight-set ke atas beregu di ranking keempat dunia dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-16, 26-24 pada aksi separuh akhir sebentar tadi.

Keputusan di Dewan Tertutup Sheikh Rashid Bin Hamdan itu merupakan kemenangan kedua Yew Sin-Ee Yi ke atas Hoki-Kobayashi dalam sembilan pertemuan antara mereka sejak kali pertama bertemu pada 2018.

Menanti Yew Sin-Ee Yi di pentas final esok adalah pemenang antara satu lagi aksi separuh akhir antara beregu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty atau Lee Yang-Wang Chi-lin dari Taiwan.

Kali terakhir Malaysia menjadi juara beregu lelaki saingan BAC adalah pada edisi 2007 di Johor Bahru menerusi kejayaan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah menewaskan rakan sepasukan, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong 21-14, 11-21, 21-12.

SHEVON (kiri) dan Soon Huat tewas 11-21, 13-21 kepada Siwei-Yaqiong di separuh akhir BAC hari ini. – BADMINTON PHOTO

Bagaimanapun, hasrat satu lagi wakil negara di separuh akhir hari ini iaitu beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai untuk mengikut jejak Yew Sin-Ee Yi tidak kesampaian.

Pasangan di ranking kelapan dunia itu tewas straight-set kepada beregu No.1 dunia dari China, Zheng Siwei-Huang Yaqiong 11-21, 13-21. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI