fbpx

Wanita maut dilanggar kereta dipandu suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita maut selepas dilanggar kereta dipandu suami secara tidak sengaja di Taman Selasih, Kulim semalam.

KULIM – Seorang wanita berusia 59 tahun maut selepas dilanggar kereta dipandu suaminya secara tidak sengaja dalam kejadian di Taman Selasih, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 7 malam itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa turun dari kereta jenis Proton Saga selepas tertinggal barang di dalam rumah.

“Suaminya berusia lingkungan 60-an  yang sedang mengundur kereta itu kemudian dikatakan tertekan pedal minyak lalu terlanggar mangsa yang berada di tepi sebelah kiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pemandu turut melanggar sebuah kereta Perodua Myvi  yang diletakkan di hadapan rumah.

“Pemandu kereta tidak mengalami kecederaan manakala isterinya mengalami kecederaan dalaman dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen  41(1) Akta Pengangkutan  Jalan  1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI