fbpx

Rumah Terbuka Malaysia Madani bukan bermotif politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sallehuddin berkenan berangkat ke Rumah Terbuka Malaysia Madani sambil diiringi Anwar dan Muhammad Sanusi di Alor Setar, hari ini. Foto SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bermotif politik, sebaliknya menjadi platfom kerajaan untuk mendengar luahan rakyat secara terus.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, program tersebut membolehkan pimpinan Kerajaan Perpaduan bertemu dan mendekati rakyat seterusnya mendengar masalah yang mereka hadapi.

“Itu adalah gaya Perdana Menteri kita dan setelah mendengar kegelisahan rakyat, saya pasti Perdana Menteri akan arahkan Kabinet untuk segera menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat di negeri-negeri yang beliau kunjungi,” katanya ketika ditemui pada rumah terbuka tersebut di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan pemantau pilihan raya, Bersih yang meminta undang-undang penggunaan sumber kerajaan diperketat ekoran kontroversi penganjuran rumah terbuka bersama Perdana Menteri itu yang didakwa berunsurkan politik.

Pengerusi Bersih, Thomas Fann dilaporkan berkata, penganjuran majlis berkenaan di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi bukan satu kebetulan.

Fahmi bagaimanapun berkata, kerajaan terbuka mendengar pandangan semua pihak termasuk oleh Bersih.

Beliau pada masa sama berharap penganjuran rumah terbuka itu dapat mengeratkan lagi hubungan antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

“Saya lihat Perdana Menteri juga banyak luang masa, beliau tiba sejam awal ke lokasi untuk bertemu dengan semua yang hadir, pergi khemah ke khemah, meja ke meja untuk lihat sendiri dan itu memang gaya Perdana Menteri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kehadiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang mengiringi Sultan Kedah dapat mengukuhkan lagi semangat ukhuwah dan muhibah walaupun berbeza fahaman politik.

Katanya, semangat itu menunjukkan kematangan pimpinan politik dengan mengenepikan sebarang sentimen yang boleh mengeruhkan hubungan sesama mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI