fbpx

PRN: PH P. Pinang muktamad agihan kerusi petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (kanan) menghadiri Majlis Santai Aidilfitri di Taman Tangling hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/ KOSMO!

SEBERANG PERAI – Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat petang ini bagi memuktamadkan pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusinya, Chow Kon Yeow berkata, perbincangan mengenai perkara itu menjadi agenda utama sebelum satu mesyuarat bersama Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada minggu depan.

“Kita akan adakan mesyuarat petang ini untuk saya memuktamadkan keputusan bagi PH sebelum ia dibawa untuk rundingan dengan BN dan UMNO.

“Muktamad dari segi apa kita mahu tanding dan apa yang masih boleh rundinglah dengan mereka (BN),” katanya ketika menghadiri Majlis Santai Aidilfitri Parlimen Batu Kawan dan Kadun Bukit Tambun di Taman Tangling, di sini hari ini.

Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi MCA, Datuk Tan Teik Cheng yang mahu rundingan agihan kerusi antara PH dan BN bagi PRN Pulau Pinang mesti melibatkan semua parti komponen BN, Kon Yeow berkata, isu itu perlu diuruskan oleh BN.

“Hari ini (mesyuarat) PH saja, selepas itu baru dengan BN dan UMNO. Daripada senarai yang dikemukakan rombongan UMNO, ada pemimpin BN juga lah. Hal itu perlu diuruskan BN,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI