fbpx

Pertimbang beri Rumah Selangorku kepada penduduk Kampung Koskan Tambahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (duduk) beramah mesra dengan pengunjung rumah terbuka itu di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri mempertimbangkan memberi Rumah Selangorku kepada penduduk Kampung Koskan Tambahan, Serendah di Batang Kali yang diminta untuk mengosongkan kawasan tersebut pada 2 Mei ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pertimbangan tersebut dibuat kerajaan negeri kerana prihatin dengan nasib yang bakal dialami oleh penduduk terlibat yang tinggal di kawasan rizab sungai.

“(Berapa yang akan dapat rumah itu) kena ikut fakta (dan maklumat yang diperoleh oleh wakil pihak kerajaan negeri). Kerajaan negeri juga bersedia menjadi perantara kepada penduduk dan wakil syarikat supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Shah Alam di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, hari ini.

Kosmo! kelmarin melaporkan kemeriahan syawal bagi lebih 60 penduduk Kampung Koskan Tambahan, Serendah di Batang Kali terjejas apabila menerima notis pengusiran sehari sebelum dan pagi Hari Raya Aidilfitri lalu.

Amirudin menjelaskan, kerajaan negeri tidak pernah memberi geran tanah seperti didakwa penduduk dan kerajaan negeri telah menetapkan dasar jelas iaitu kawasan rizab sungai tidak boleh diberi kepada sesiapa kerana kawasan tersebut adalah kawasan yang akan dibina tebatan banjir.

“Manakala sebahagian lagi kawasan dimaksudkan mereka adalah tanah milik persendirian dengan tanah itu telah dimiliki sejak tahun 1892. Sebelum ini pun, syarikat berkenaan telah menawarkan pakej penyelesaian dan ada sebahagian penduduk telah menerimanya,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI