fbpx

Perlis hasilkan 2,143 tan metrik harumanis tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Syed Faizuddin (tiga dari kanan) melihat harumanis pada pelancaran Festival Mangga Harumanis Perlis 2023 di Dewan 2020, Kangar hari ini.

KANGAR – Jabatan Pertanian Perlis menyasarkan pengeluaran sebanyak 2,143 metrik tan mangga harumanis bernilai RM53.5 juta tahun ini melibatkan tanaman seluas 1,695.59 hektar dan 2,602 penanam.

Pengarahnya, Mohd. Hafizuddin Othman berkata, keluasan berhasil bagi pengeluaran hasil pertanian mangga pada musim ini pula dijangkakan seluas 1,568.98 hektar.

“Menerusi pemantauan jabatan, pengeluaran bunga harumanis bagi musim ini adalah tinggi iaitu kira-kira 92.5 peratus merangkumi keluasan 1,451.31 hektar yang mana pokok-pokok tidak berbunga pada musim lalu mengeluarkan bunga pada musim ini,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Festival Mangga Harumanis Perlis 2023 di Dewan 2020, di sini hari ini.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan melancarkan festival tersebut yang bermula hari ini hingga Jun depan.

Mohd. Hafizuddin, walaupun peratusan pokok mengeluarkan bunga tinggi, namun kadar bunga yang menjadi putik buah berkurangan disebabkan beberapa faktor seperti cuaca, suhu dan pengurusan ladang dengan hanya 1,070 hektar keluasan berhasil.

Mengulas mengenai harga jualan, Mohd. Hafizuddin berkata, Jabatan Pertanian negeri menetapkan kadar jualan antara RM25 hingga RM45 sekilogram mengikut gred Premium A, gred B dan C.

“Bagaimanapun dalam pasaran luar dari Perlis, ia mampu mencecah harga RM65 sekilogram bagi gred Premium A kerana masih terdapat permintaan tinggi dalam segmen tersebut.

“Bagi hasil harumanis yang dieksport pula, Jabatan Pertanian tidak mengeksport hasil pertanian itu pada tahun ini, namun terdapat syarikat persendirian yang menghantar mangga itu ke Hong Kong dan Singapura,” jelasnya.

Pada 2022, kuantiti pengeluaran harumanis adalah 1429.30 metrik tan dengan nilai pengeluaran sebanyak RM32.9 juta manakala luas tanaman berhasil 1189.23 hektar dengan jumlah petani seramai 2,682 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI