PETALING JAYA – Seorang pembaca berita di sebuah stesen televisyen terkemuka dipuji ramai apabila berjaya mengawal emosi ketika ‘dimalukan’ penyanyi tersohor Datuk Hattan, semasa siaran langsung.
Sesi temu bual yang sepatutnya berlangsung secara santai itu bertukar menjadi tegang apabila Hattan dilihat tidak berpuas hati ketika diminta mengulas lirik-lirik lagu XPDC yang dikatakan ‘makan dalam’.
Seorang pengguna di TikTok menerusi perkongsian Salimiey Abu Bakar berpendapat, pembaca berita tersebut memiliki semangat yang kuat ketika bertugas.
“Kasihan wartawan tu. Saya tabik awak dik, kental semangat awak. Saya sokong awak,” kata MyWatie.
“Terbaik pembaca berita tu. Pandai kawal situasi dan emosi,” ujar hambaAllah pula.
“Bagus pembaca ni. Dia tetap profesional tak terikut emosi Hattan tu,” komen seorang lagi pengguna.
Perkongsian tersebut meraih sebanyak 1.1 juta jumlah tontonan dan 5252 komen sejak ia dikongsikan, semalam.
Kosmo! semalam melaporkan, vokalis kumpulan XPDC, Mael dikhabarkan telah meninggal dunia di Hospital Muar, Johor sekitar pukul 9.30 malam.
@salimey1 Interview live di Astro Awani Berita 501 sebentar tadi, Dato Hattan di temuramah oleh Penyampai berita Astro Awani. WAA : Lirik-lirik lagu-lagu XPDC ini orang kata sangat² makan dalam Dato, apa yang Dato boleh kongsikan DH : Lagu² XPDC banyak di tulis….awak tau tak tau dia punya sejarah ni… WAA : Mungkin Dato boleh ceritakan… DH : U buat kajian ke tak buat kajian ni WAA : heheehhh…silakan Dato.. DH : Dia bukan Mael yang tulis lirik, yang banyak buat lirik untuk XPDC Allahyarham jugak siapa dia kalau u tahu… WAA : Saari Amri… DH : Apa la u ni… WAA : Saari Amri Dato…(penuh confidence) DH : Apa ni u panggil orang yang tahu interview saya laa…apa la u..tak buat homework ke interview pasal mael…. WAA : J.S Kevin datooo.. DH : Haaa baru la betul ada lak Saari Amri, Saari Amri Ukays adoii.. Ni la akibatnya bila interview live wartawan tidak melakukan kajian sebelum menemu bual dengan lagenda rock tanahair Dato Hattan. Saari Amri Mael XPDC Official Astro AWANI #maelxpdc #fyp #fypシ #astroawani @datohattan @saariamriofficial @xpdc_official_kitapengyu #fypシ゚viral ♬ original sound – Salimey Abu Bakar