PERNAH dikeji, kini pelakon Niezam Zaidi dipuji dek penampilan yang dikatakan semakin kacak mempesona.
Gaya Niezam menjadi bualan ramai selepas drama lakonannya, Segenap Takdir mula ditayangkan menerusi TV3 sejak 24 April lalu.
Menurut netizen, penampilan Niezam dikatakan lebih menawan berbanding dahulu sehingga ada yang menyamakannya seperti watak adiwira Clark Kent sebagai Superman.
“Kacaknya, macam Clark Kent dalam filem Superman.
“Antara semua drama, ini penampilan dia yang paling kacak. Lakonan pun memang kekal mantap,” komen netizen.
Selain Niezam, Segenap Takdir turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Siti Khadijah Halim, Zara Zya dan Nabil Aqil.