fbpx

MotoGP: Marquez belum sedia kembali ke litar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ dinasihatkan untuk tidak kembali ke litar sehingga proses pemulihan jarinya sembuh sepenuhnya. – AFP

Jerez – Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez mendedahkan bahawa keputusannya menarik diri pada perlumbaan Grand Prix (GP) Sepanyol adalah kerana ia melibatkan masa depannya.

Tiga pasukan perubatan memberi amaran bahawa hanya sedikit tekanan terutama pada ibu jari kanannya yang patah sewaktu di Portugal berisiko menyebabkan Marquez mungkin akan berehat lebih panjang.

Disebabkan itu, Marquez enggan terburu-buru dalam membuat keputusan dan ketika ini juara dunia enam kali itu terlepas tiga perlumbaan di Argentina, Amerika Syarikat dan terbaharu di Jerez, Sepanyol.

“Saya cuba pulih dalam tempoh empat minggu, tetapi secara jujurnya doktor dari awal berkata ia akan mengambil masa antara enam hingga lapan minggu. Saya sangat optimis dan mencuba segala yang mampu agar proses pemulihan ini berjalan dengan lebih pantas untuk beraksi di Jerez.

“Malangnya, selepas melakukan pemeriksaan dan pasukan perubatan telah menjelaskan ia terlalu berisiko. Jadi, atas sebab itu, saya memutuskan untuk tidak berlumba di sini,” kata Marquez.

Marquez mengakui keputusan tersebut adalah jalan terbaik agar memastikan kariernya tidak ‘musnah’ lebih awal.

“Risiko utama bukanlah kemalangan, tetapi hanya dengan sedikit tekanan pada jari berkenaan akan memusnahkan tulang yang dalam proses pemulihan tersebut.

“Jika saya cedera lagi, saya bukan berehat untuk tiga bulan, tetapi juga untuk kerjaya saya. Ketika ini, mereka (doktor) mera­wat kecederaan dan melakukan pembedahan yang sangat baik,” ujar Marquez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI