fbpx

Israel sekat laung azan di Masjid Al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan anggota-anggota polis Israel mengawal pekarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis pada 5 April lalu. - Foto AFP

BAITULMUQADDIS – Pihak berkuasa Israel pada Isnin lalu menghalang laungan azan isyak berkumandang di Masjid Al-Aqsa, Baitulmuqaddis dengan memutuskan kabel pembesar suara masjid dan memberi alasan bahawa penduduk Yahudi berdekatan sedang merayakan perayaan agama mereka, lapor portal berita Middle East Monitor.

Perkara itu berlaku ketika beberapa tokoh tempatan menyeru penduduk Palestin untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak di Dewan Solat Bab Al-Rahma Al-Aqsa dalam usaha melindunginya daripada serangan dan pencabulan tentera rejim Zionis dan peneroka haram Yahudi.

Buat kali kedua dalam tempoh dua hari, polis Israel menyerbu Dewan Solat Bab Al-Rahma pada pagi Isnin lalu dan mencabut pendawaian elektrik baharunya serta menghalang orang Islam daripada memasukinya.

Tindakan Israel melarang azan dilaungkan di Masjid Al-Aqsa telah berlaku beberapa kali dan sebagai contoh, pada 2019, polis melarang azan dikumandangkan di lokasi ketiga paling suci bagi umat Islam itu.

Selepas mengharamkan azan pada tahun itu, tentera Israel menyerang penduduk Palestin yang berkumpul di luar Bab Al-Shabat. 

Polis Israel melarang umat Islam menunaikan solat Magrib dan menutup semua pintu masjid bagi menghalang orang ramai daripada mengerjakan solat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI