fbpx

Hattan perlu minta maaf secara terbuka – GKMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hattan

PETALING JAYA – Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) menggesa penyanyi terkenal, Datuk Hattan membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap sikap tidak profesional serta respon balas berbaur hinaan ketika ditemubual penyampai berita di sebuah stesen televisyen semalam.

Presiden GKMM, Mohamad Fauzi Ishak berkata, respon balas dinyatakan Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 58, dalam temubual itu jelas menunjukkan sikap tidak profesional beliau terutama ketika memberi kenyataan kepada media.

Jelasnya, perbuatan itu juga dilihat turut menghina profesion kewartawanan serta stesen media arus perdana negara.

“GKMM kesal terhadap respon balas yang dikeluarkan penyanyi terkenal, Datuk Hattan keatas pertanyaan seorang penyampai berita dalan satu temubual secara langsung di sebuah stesen televisyen semalam.

“Sikap tidak hormat ditunjukkan Datuk Hattan itu turut mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan pengamal media khususnya kumpulan wartawan-wartawan, selain dikritik secara terbuka orang ramai di media sosial,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Fauzi, Mengambil kira status beliau sebagai individu terkenal dan artis senior negara, Datuk Hattan wajar mengambil tanggungjawab terhadap reaksi balas dari kalangan wartawan-wartawan dan orang ramai di media sosial.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan, ramai meluahkan kemarahan apabila penghibur yang hampir empat dekad dalam industri muzik itu didakwa memalukan pembaca berita wanita yang bertanyakan soalan mengenai Allahyarham Mael XPDC.

Temu bual secara langsung itu terus tular dalam pelbagai platform media sosial, sekaligus mengakibatkannya diselar sebagai biadab.

Rata-rata menegaskan sikap sedemikian tidak setara dengan gelaran serta usianya selaku individu dihormati yang sepatutnya menunjukkan teladan kepada generasi muda.

Malah tidak kurang dalam kalangan netizen menggesa penyanyi itu mengakui kesilapan selain meminta maaf secara terbuka kepada personaliti televisyen terbabit. – KOSMO! ONLINEsha

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI