fbpx

Hari ini hari aman – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (dua, kanan) bersalaman dengan Anwar ketika hadir mengiringi Sultan Sallehuddin pada Rumah Terbuka Malaysia Madani di Alor Setar, hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – “Hari ini hari aman”. Demikian reaksi ringkas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor apabila ditanya tentang penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani di sebuah hotel, di sini hari ini.

Muhammad Sanusi yang mengenakan baju Melayu warna ungu hadir pada rumah terbuka tersebut bagi mengiringi Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Keberangkatan tiba Sultan Sallehuddin disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhammad Sanusi yang merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah dilihat ceria berbual dan bersalaman dengan Perdana Menteri serta kepimpinan tertinggi kerajaan Persekutuan.

Kehadiran beliau mencuri tumpuan selepas menyifatkan penganjuran rumah terbuka tersebut di Kedah dan lima negeri lain sebagai program kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dan tidak wajar diadakan kerana melibatkan kos tinggi sedangkan kerajaan Persekutuan menguar-uarkan langkah penjimatan.

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani itu menjadi polemik perseteruan terbaharu antara Muhammad Sanusi dan Kerajaan Persekutuan selepas isu Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 dan Majlis Kewangan Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI