fbpx

Haram bermewah-mewah ketika beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIAT menunjuk barangan mewah ketika menyambut hari raya adalah haram di sisi Islam. –GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Haram hukumnya bagi individu yang mempunyai niat untuk menunjuk-nunjuk atau mempamerkan kemewahan kepada tetamu di Hari Raya Aidilfitri.

Ia termasuk memperagakan hiasan diri, pakaian dan hiasan dalaman baharu yang mahal kepada tetamu yang datang ke rumah.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, Aidilfitri disambut bagi menandakan kemenangan umat Islam setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadan.

Katanya, umat Islam perlu menyambut hari raya untuk melahirkan kesyukuran dan kegembiraan atas kemenangan melawan nafsu syahwat, bukan hendak tunjuk kemewahan.

“Kita harus meraikan kegembiraan itu dengan menyediakan makanan, minuman dan pakaian baharu mengikut kemampuan diri.

“Cuma jangan berlebihan dari pada kadar yang munasabah. Berlebihan dalam kontek makan, minum, menukar kerusi dan meja serta langsir baharu semata-mata ada perasaan atau niat hendak menunjuk kemewahan, hukumnya haram.

“Jika tiada niat berlebih-lebihan dan perlu maka perbuatan itu adalah makruh. Ini kerana, ­Allah tidak suka umatnya berlebih-lebihan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Beliau menambah, Islam juga tidak menggalakkan umatnya mengamalkan pembaziran dan bersikap boros dalam hidup.

“Berpada-padalah dalam menyediakan makan, minum dan pakaian serta janganlah sampai tahap hendak nampak istimewa daripada orang lain. Itu sepatutnya tidak berlaku dalam kalangan orang beriman.

“Jadi berayalah dengan penuh kesederhanaan seperti mana yang digalakkan dalam Islam,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI