fbpx

[VIDEO] Gempar buaya muncul di Pantai Teluk Mak Nik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelibat buaya yang dikesan berenang di pesisir Pantai Mak Nik, Kemaman pada Khamis lalu.

KEMAMAN – Pengunjung Pantai Teluk Mak Nik, Geliga di sini gempar dengan kemunculan seekor buaya yang dilihat berenang di sekitar pesisir pantai tersebut, kelmarin.

Kelibat reptilia dianggarkan berukuran lebih dua meter itu sempat dirakam orang ramai termasuk sekumpulan pemancing yang berada di tepi pantai berkenaan pada pukul 1 tengah hari.

Salah seorang pengunjung, Mohd. Arif Ismail, 41, dari Bukit Kuang di sini mendakwa ternampak kelibat buaya tersebut sewaktu sedang memancing bersama tiga lagi rakannya.

Dia yang biasa memancing di pantai itu sejak empat tahun lalu mendakwa buaya tersebut berenang sedekat 50 meter dari lokasi mereka berdiri.

“Mula-mula kami ingatkan objek tersebut cuma tunggul kayu namun apabila diamati ia sebenarnya seekor buaya yang sedang berenang,” dakwanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, video berdurasi 0.59 saat memaparkan buaya tersebut sedang berenang sempat dirakam Mohd Arif sebelum tular di media sosial.

Mohd. Arif amat terkejut kerana pertama kali menyaksikan kelibat buaya di kawasan pantai.

Dia juga percaya buaya sama dilihat pengunjung Pantai Kuala Kemaman kira-kira empat kilometer dari Pantai Teluk Mak Nik pada petang hari sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI