fbpx

EPL: Newcastle enggan rasa terlalu selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WILSON meledak dua gol ketika Newcastle membenam Everton pada aksi awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Newcastle United, Eddie Howe enggan berasa terlalu selesa meskipun mereka berada pada landasan tepat untuk melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

The Magpies terus mengekalkan kedudukan di tangga ketiga saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mudah menewaskan Everton 4-1 pada perlawanan yang berlangsung di Goodison Park awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Newcastle menjaringkan empat gol menerusi Joelinton, Jacob Murphy serta dua jaringan Callum Wilson, manakala gol saguhati tuan rumah dijaringkan Dwight McNeil.

“Kemenangan ini meletakkan kami berada di kedudukan lebih baik dalam saingan liga. Enam mata yang diraih dalam dua perlawanan terakhir adalah isyarat paling baik selepas tewas kepada Aston Villa.

“Aksi di Goodison Park sentiasa sukar kerana perlu berdepan penyokong-penyokong tuan rumah, namun saya gembira apabila pemain-pemain Newcastle mengendalikannya dengan begitu baik,” kata Howe.

Beliau juga percaya Everton meletakkan Newcastle berada dalam tekanan pada separuh masa pertama, namun perubahan taktikal yang dilakukan selepas waktu rehat membantu mereka untuk membawa pulang tiga mata.

“Pasukan ini sentiasa ada keyakinan dan ia dibuktikan di separuh masa kedua. Saya fikir kami layak untuk dapatkan tiga mata selepas ditekan Everton dalam aksi separuh masa pertama,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI