fbpx

Enam terselamat, pokok tumbang hempap tiga kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kereta yang terlibat insiden pokok tumbang di susur masuk Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2), Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Enam individu terselamat selepas kereta dinaiki mereka terlibat insiden pokok tumbang di susur masuk Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2), Bandar Tasik Selatan, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubungan kejadian itu pada pukul 3.19 petang tadi.

Menurut kenyataan itu, seramai lapan anggota serta sebuah jentera keluaran Balai Bomba Penyelamat ( BBP) Sungai Besi digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati berlaku kejadian pokok tumbang menghempap tiga buah kereta jenis Perodua Alza, Perodua Myvi dan Proton Exora.

“Terdapat enam orang mangsa terdiri daripada tiga lelaki serta tiga wanita. Kesemua mangsa berada dalam keadaan yang selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, anggota bomba bertindak melakukan kerja-kerja memotong, mengalihkan dan membersihkan pokok yang tumbang.

“Tugasan tersebut turut dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI