fbpx

Cuaca cerah, panas hampir semua negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan, cuaca cerah diramal melibatkan hampir keseluruhan negeri-negeri Semenanjung serta Sabah dan Sarawak, pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan, hujan hanya berlaku di beberapa tempat di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Di Pahang hujan hanya berlaku Kuantan, Pekan dan Rompin, Negeri Sembilan di Seremban, Port Dickson dan Rembau manakala Johor hanya di Mersing.

“Di Melaka melibatkan keseluruhan kawasan sementara di Sarawak meliputi Bintulu dan Miri (Subis),” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Sebelumnya, Kosmo! melaporkan cuaca panas melanda negara ketika ini dijangka berlanjutan sehingga Ogos ekoran perubahan kitaran musim kepada Monsun Barat Daya dengan catatan suhu hari­an sekitar 36 hingga 38 darjah Celsius. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI