fbpx

Binder ketepikan Bagnaia tawan perlumbaan sprint di Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelumba KTM , Brad Binder menjuarai perlumbaan sprint Grand Prix Sepanyol di Jerez.

JEREZ – Pelumba Afrika Selatan, Brad Binder menjuarai perlumbaan sprint di Grand Prix (GP) Sepanyol selepas tampil dengan tunggangan menyakinkan bersama KTM sekali gus meraih tonik terbaik menjelang perlumbaan sebenar esok.

Pada saingan tersebut, pelumba Aprilia, Aleix Espargaro yang memulakan perlumbaan di petak utama selepas mendominasi sesi latihan dan kelayakan semalam gagal menamatkan perlumbaan selepas terjatuh.

Peluang itu digunakan sebaik mungkin juara dunia musim lalu, Francesco Bagnaia (Ducati) serta Jack Miller (KTM) untuk menaiki podium tempat kedua dan ketiga di Jerez.

Pelumba KTM, Brad Binder (tengah) tawan perlumbaan sprint GP Sepanyol selepas mengatasi pelumba Ducati, Francesco Bagnaia (kiri) di tempat kedua diikuti pelumba dari Australia, Jack Miller di tempat ketiga. -AFP

Ini adalah kemenangan kedua Binder dalam perlumbaan sprint kerana sebelum ini pelumba berusia 27 tahun itu berjaya menjuarai saingan itu di GP Argentina.

“Perlumbaan hari ini benar-benar mencabar terutama selepas saingan dihentikan susulan kemalangan pada awal perlumbaan. Apapun, terima kasih kepada pasukan yang menyediakan jentera terbaik pada hari ini,” kata Binder.

Menjelang perlumbaan esok, Binder akan memulakan saingan di petak keempat dan Espargaro akan memulakan saingan di petak utama diikuti Jack Miller serta Jorge Martin.  -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN