fbpx

Bekas model Playboy kini pemandu teksi Uber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loschiavo kini menjadi pemandu teksi Uber selepas bercerai dengan suaminya yang kaya-raya. - Foto Instagram/bsullivanphotography

CINCINNATI, Ohio – Seorang bekas model majalah dewasa Playboy, Nannette Hammond Loschiavo bertukar kerjaya sebagai pemandu teksi Uber sejak Jumaat minggu lalu selepas bercerai dengan suaminya yang kaya-raya, lapor portal berita Daily Star.

Nannette yang pernah membelanjakan AS$439,915 (RM1.9 juta) bagi menjalani pembedahan plastik untuk cantik seperti anak patung Barbie tidak lagi hidup semewah dahulu, namun dia kini menjadi pemandu teksi Uber paling glamor.

Wanita itu memandu teksi di Cincinnati, Ohio menggunakan kereta Tesla yang disediakan oleh syarikat Uber secara sewaan.

Wanita itu memberitahu Daily Star: “Saya hanya bertahan dan bekerja dengan Uber sekarang. Saya sudah lama memikirkannya kerana sudah lebih setahun saya tidak mempunyai kenderaan untuk dipandu kerana dia (bekas suami) merampas semua kereta saya.

“Saya suka memandu dan beritahu ini (menjadi pemandu teksi Uber) menyeronokkan. Semua orang yang saya jemput berkata perkara yang sama. Mereka tidak pernah melihat pemandu Uber yang sensasi.”

Menurutnya, perkara yang paling kelakar adalah apabila dia tiba untuk mengambil pelanggan mereka terkejut dan tidak menyangka Uber memiliki pemandu yang begitu cantik. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI