fbpx

Bapa kepada lebih 550 anak dilarang derma air mani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jonathan dilarang mendermakan spermanya ke klinik kesuburan selepas dia disyaki mempunyai lebih 550 anak di seluruh dunia. - Foto CEN

AMSTERDAM, Belanda – Seorang lelaki Belanda yang disyaki mempunyai lebih 550 anak di seluruh dunia melalui pendermaan sperma diarah oleh sebuah mahkamah supaya menghentikan aktivitinya, lapor portal berita Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Lelaki bernama Jonathan dan berusia 41 tahun itu boleh didenda lebih €100,000 (RM496,327) jika ingkar.

Dia pernah dilarang menderma sperma kepada sebuah klinik kesuburan di Belanda pada 2017 selepas diketahui mempunyai lebih 100 anak.

Namun, Jonathan berdegil dan menderma spermanya ke luar negara menerusi perkhidmatan online.

Sebuah mahkamah di The Hague memerintahkan Jonathan supaya menyediakan senarai semua klinik yang menggunakan khidmatnya. Semua sperma lelaki itu juga diarah dimusnahkan, manakala dia dikatakan telah memperdayakan ratusan wanita.

Garis panduan klinikal Belanda menyatakan bahawa penderma tidak seharusnya menjadi bapa kepada lebih 25 anak tetapi hakim mahkamah tersebut berkata, Jonathan memiliki antara 550 dan 600 orang anak sejak dia mula menderma sperma pada 2007.

Dia dihadapkan ke mahkamah selepas sebuah yayasan melindungi hak kanak-kanak dan ibu kepada salah seorang kanak-kanak yang didakwa hasil daripada  pendermaan spermanya mengemukakan pendakwaan.

Lebih 100 anak lelakinya dilahirkan di klinik Belanda, manakala baki yang lain dilakukannya secara peribadi.

Dia  juga menderma kepada sebuah klinik Denmark yang kemudian menghantar air maninya ke alamat di pelbagai negara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI