fbpx

Terpaksa pakai getah ikat cermin mata ketika beraya sebab kedai tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang kanak-kanak lelaki memakai cermin mata yang diikat getah sayur.

PETALING JAYA – Gelagat seorang kanak-kanak lelaki memakai cermin mata yang diikat dengan getah sayur ketika hari raya pertama mencuit hati orang ramai.

Menerusi klip video yang dimuat naik di TikTok @fiena nasir, memaparkan kanak-kanak lelaki itu sedang menjamah makanan sempena meraikan Aidilfitri bersama keluarga dengan memakai cermin mata yang diubah suai oleh ibunya.

Menurut pemilik akaun, bingkai cermin mata kanak-kanak tersebut terpaksa diikat dengan getah akibat dipatahkan oleh adiknya sendiri.

“Kena pula masa raya pertama, adik dia laju sahaja patahkan.

“Nak pergi kedai waktu macam ini kedai tutup. Nasib lah anak kau tak kisah ikat dengan getah sayur. Mama yang ikat mama yang tergelak sendiri,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai terhibur dan bangga dengan tindakan si ibu yang prihatin terhadap situasi anaknya.

“Bagus maknya, kreatif, akak cucuk ‘straw’ sahaja adik, nak ikat getah pun tak nampak,” ujar Tchermimi.

“Akak ingatkan guna pita pelekat, rupanya adik lagi power ‘upgrade’ getah terus,” seloroh Rafiqah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI