fbpx

Tangguh perjalanan ke Sudan – Zambry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry bercakap pada sidang akhbar ketibaan 30 rakyat Malaysia dari Sudan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 di sini, hari ini.Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Rakyat Malaysia yang mempunyai perancangan untuk melawat Sudan diminta menangguhkan lawatan ke negara itu sehingga situasi konflik kembali pulih.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, beliau turut meminta rakyat negara ini menyalurkan maklumat kepada Wisma Putra sekiranya ada ahli keluarga yang masih berada di Sudan.

“Kita ingin nasihatkan rakyat Malaysia yang ingin atau ada perancangan melawat Sudan, hendaklah tangguh perjalanan sehingga keadaan kembali pulih,” katanya pada sidang akhbar selepas menyambut ketibaan 30 rakyat Malaysia di Sudan, hari ini.

Terdahulu, 30 rakyat Malaysia di Sudan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan Saudi Airlines, SV834 dari Jeddah, Arab Saudi.

Zambry berkata, bagi rakyat Malaysia yang berkemungkinan masih ada di Sudan, Wisma Putra akan memantau perkembangan dan berusaha membawa mereka keluar dengan selamat.

“Itu komitmen kita, jika masih ada lagi rakyat kita di sana, namun setakat ini hanya 30 orang yang mendaftar untuk di bawa pulang dua rakyat kita di sana yang berkhidmat dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di sana,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI