fbpx

Tajul bahagia hadiahkan 7 pasang baju raya isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAJUL ARIFF

TEKAD mendirikan rumah tangga ketika teman sebaya sedang menikmati usia remaja, penyanyi bertubuh kecil molek, Tajul Ariff tidak pernah menyesal ‘menggadaikan’ darah muda untuk memikul tanggungjawab bergelar seorang suami.

Berkahwin pada usia seawal 19 tahun, Tajul atau nama lengkapnya Tajul Ariff Noor Md. Shari tidak melihat status suami sebagai suatu beban buat dirinya.

Biarpun berdepan dengan pelbagai cabaran, namun perkara tersebut dianggap sebagai lumrah bagi setiap pasangan yang melayari alam rumah tangga.

Kesempatan menemui adik kepada penyanyi Allahyarham Achik Spin baru-baru ini, menyingkap perjalanan rumah tangga yang dibina bersama isteri, Nurul Shamieza Eddie untuk mengetahui rahsia ‘kemanisan’ rumah tangga mereka yang masih kekal aman sehingga ke hari ini.

Ujar Tajul, tipulah jika dikatakan rumah tangganya tidak pernah ditimpa ‘badai’, namun kekuatan kasih sayang demi mempertahankan mahligai yang dibina, dia dan isteri sehabis baik menjaga ‘tiang istana’ daripada runtuh.

“Sepanjang enam tahun berkahwin, sudah pelbagai pengalaman saya dan isteri lalui. Jatuh, bangun dan susah senang kami sentiasa bersama.

“Tipu kalau sepanjang berkahwin, kami tidak pernah berdepan dengan masalah. Saya ingat lagi bagaimana ketika saya mengalami masalah kewangan kerana kerjaya nyanyian yang tidak begitu menjadi,” ujarnya.

Kata Tajul, ketika itulah dia mula sedar kitaran hidup umpama roda yang sedang berputar. Ada masanya di atas, ada masanya di bawah.

SEBAGAI suami, Tajul sedar dia harus bijak memahami perasaan wanita dan menjaga hati isteri demi keutuhan rumah tangga mereka. – FAIZ ALIF ZUBIR

“Selepas itu barulah saya dan isteri terfikir untuk buat bisnes. Walaupun kami pernah berdepan situasi sukar, namun saya bersyukur hubungan kami masih kekal sehingga ke hari ini.

“Apa yang penting adalah perbincangan antara suami dan isteri. Kena ada perancangan yang baik untuk tentukan masa depan.

“Apabila sudah dapat apa yang kita mahukan, kena ingat juga waktu kita susah supaya tidak mensia-siakan waktu,” katanya.

Melihat kehangatan kes kecurangan membabitkan golongan selebriti, Tajul tanpa berselindung mengakui perkara itu sedikit sebanyak memberi kesan emosi terhadap si isteri.

Sebagai suami, Tajul perlu bijak memahami perasaan wanita. Apa yang penting, dia perlu kekal setia terhadap isteri selain berserah pada jodoh yang telah ditetapkan Allah SWT.

“Apabila ada kes-kes kecurangan membabitkan golongan selebriti, isteri memang terkesan juga.

“Biasalah orang perempuan. Saya cakap dengan isteri senang sahaja. Kita serahkan jodoh pada Allah SWT.

UNTUK lebaran tahun ini, Tajul menyediakan tujuh pasang baju untuk isteri tercinta, Shamieza Eddie.

“Kita tidak tahu lagi nasib dan jodoh kita bagaimana. Itu adalah bahagian orang lain.

“Kita punya bahagian tak tahu lagi bagaimana. Kalau Tuhan kata jodoh kami panjang, alhamdulillah,” jelasnya.

Menyentuh sedikit tentang sambutan Aidilfitri yang dirai pada tahun ini, Tajul berkata seperti biasa lebaran yang disambut bersama isteri serta dua orang anaknya diraikan secara bersederhana sahaja.

Bagaimanapun, Tajul memastikan keperluan isteri dan anak-anaknya dilengkapkan terlebih dahulu sebelum memikirkan diri sendiri.

“Untuk Aidilfitri, saya selalu terapkan amalan bersederhana. Apa yang masih boleh dipakai, saya pakai. Janji anak-anak dan keluarga lengkap.

“Tahun ini baju isteri agak banyak juga. Ada tujuh pasang. Untuk giliran raya pula, memang setiap tahun kami akan beraya dahulu di rumah keluarga isteri sebab dekat dengan rumah kami.

“Selepas itu baru pulang ke kampung saya di Seremban, Negeri Sembilan.

“Kami tak pernah gaduh soal balik raya sebab benda boleh bincang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI