fbpx

Suspek pembunuh bersiri wanita tidak dibenar ikat jamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sararat 'Am' Rangsiwuthaporn (dua dari kiri) tidak dibenarkan dijamin oleh Mahkamah Jenayah Thailand selepas dia disyaki membunuh 11 orang di negara itu. - Foto Nation

BANGKOK – Mahkamah Jenayah Thailand tidak membenarkan suspek pembunuh bersiri wanita, Sararat ‘Am’ Rangsiwuthaporn diikat jamin, lapor portal berita Thaiger semalam.

Jumlah mangsa Sararat telah meningkat daripada lapan kepada 13 orang dengan dua daripada mereka bernasib baik kerana terselamat daripada racun sianida.

Mahkamah Jenayah Thailand  juga mengeluarkan notis penahanan terhadap Sararat selama 12 hari dari 26 April lalu hingga 7 Mei ini.

Dalam tempoh itu, mahkamah akan menyoal seramai 10 saksi dan menyiasat keputusan bedah siasat mangsa terbaharu yang disyaki meninggal dunia akibat diracun wanita berkenaan. 

Ikat jamin tidak diberikan bagi menghalang suspek campur tangan dalam proses siasatan atau melarikan diri.

Kelmarin Timbalan Komisioner Polis Diraja Thailand (RTP), Surachate Hakparn mendedahkan kepada media bahawa 13 orang diracun dengan sianida yang menyebabkan 11 daripada mereka meninggal dunia.

Dua daripada mangsa terselamat termasuk seorang wanita bernama Pla yang tinggal di wilayah Kanchana Buri, tengah Thailand. 

Seorang lagi mangsa terselamat yang tinggal di wilayah Isaan Khon Kaen, masih dalam siasatan.

Pla mendedahkan dalam satu temu bual bersama media bahawa dia dan Sararat bersahabat  kerana suaminya dan bekas suami suspek pembunuh bersiri tersebut sama-sama pegawai polis.

Suspek dikatakan telah meminjam wang sebanyak 250,000 baht (RM32,702) daripadanya pada September tahun lalu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI