fbpx

Sultan Kedah berkenan hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

PETALING JAYA – Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Hotel Raja, Alor Setar, Kedah, Sabtu ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Datuk Fahmi Fadzil, berkata, majlis tersebut dijadualkan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga pukul 2 petang.

Menurut Fahmi, Kerajaan Persekutuan menzahirkan rasa sukacita atas penerimaan Sultan Sallehuddin dalam memenuhi undangan majlis rumah terbuka itu.

“Kami menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah berangkat bercemar duli ke majlis ini.

“Semoga keberangkatan baginda akan menambahkan lagi seri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani, sekali gus memberi peluang kepada rakyat Kedah untuk meraikan Aidilfitri bersama-sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Fahmi memaklumkan Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri sempena sambutan Aidilfitri 2023 akan dimulakan di Kedah pada 29 April sebelum ke lima negeri lain.

Ia termasuk di Pulau Pinang, Kelantan, Negeri Sembilan, Terengganu dan Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI