fbpx

Sufian Suhaimi tayang ‘sayang’, kekasih baharunya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUFIAN berbaju sedondon merah bersama kekasih semasa hadir ke majlis perkahwinan sahabatnya, Aiman Tino, semalam.

KUALA LUMPUR – “Nama panggilan dia sayang.”

Demikian pengakuan penyanyi Sufian Suhaimi tentang identiti si cantik berkebaya merah yang hadir sedondon di sisi ketika menghadiri majlis akad nikah rakan selebriti, Aiman Tino di ibu negara semalam.

Sufian yang segak menggayakan baju Melayu nada sama menjelaskan, masih dalam fasa mengenal hati budi bersama wanita berusia 23 tahun itu.

Penyanyi itu juga selesa memilih untuk tidak mendedahkan identiti wanita berkulit putih itu walaupun sering keluar bersama.

“Saya kenal dia daripada kawan pada tahun lalu. Dia merupakan seorang pelajar yang berumur 23 tahun.

“Sekarang kami masih dalam fasa berkenalan. Keluarga masing-masing juga sudah mengetahui perhubungan kami cuma belum berjumpa lagi.

“Saya memang tidak merahsiakan pun cuma enggan bercerita kepada umum dengan siapa saya berkenalan,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui usai majlis akad nikah penyanyi Aiman Tino di The Astana, Bamboo Hills, Kuala Lumpur, semalam.

Biarpun sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang, penyanyi yang popular dengan lagu Di Matamu itu masih tiada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

“Sebenarnya kami tiada target untuk menamatkan zaman bujang tetapi apa yang boleh dikatakan saya memang sudah bersedia.

“Sudah semestinya kami ada berbual soal destinasi hubungan ini sebab masing-masing tidak mahu membuang masa.

“Fasa perkenalan kami pun sememangnya bertujuan untuk mendirikan rumah tangga cuma masih tiada perancangan,” ujar penyanyi berusia 31 tahun itu.

Tambah Sufian lagi, keputusan untuk tidak mendedahkan identiti ‘sayang’ dibuat bukan disebabkan  kegagalan episod cinta lampau tetapi lebib demi menjaga privasi kekasihnya itu.

“Bukan saya serik dengan pengalaman lalu sehingga tidak mendedahkan mengenai ‘si dia’, tetapi saya ingin menghormati kehidupan masing-masing.

“Dia juga tidak selesa kalau ramai yang mengenali dirinya dan menjadi tumpuan umum,” tuturnya.

Sebelum ini, Sufian mendedahkan bahawa dia sedang mengenali hati budi seseorang yang bukan dalam kalangan selebriti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI