fbpx

Warga kota pulang beraya, sampah di KL berkurang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMBUANGAN sampah pukal serta domestik di Kuala Lumpur berkurangan selepas warga kota pulang beraya di kampung sejak 20 April lalu.

KUALA LUMPUR – Jumlah bahan buangan di sekitar ibu kota menurun sepanjang minggu pertama Aidilfitri tahun ini.

Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Ummi Kalthum Shuib berkata, jumlah jangkaan yang dibuat pihaknya adalah sebanyak 2,000 tan sampah sehari pada hari raya berbanding 2,279 tan pada hari biasa.

Katanya, ini kerana warga kota keluar dari Kuala Lumpur untuk pulang ke kampung, menjadikan pembuangan sampah pukal serta domestik berkurangan.

UMMI KALTHUM

Ujarnya, hampir sejuta penduduk keluar dari ibu negara bagi menyambut Aidilfitri bermula 20 April lalu.

Jelasnya, jumlah sampah terkumpul di negara semakin me­nunjukkan peningkatan setiap hari sehingga menyebabkan tapak pelupusan sampah juga penuh dan padat.

“Jika lihat data sampah di Kuala Lumpur sahaja, setiap tahun secara purata sampah sehari adalah lebih 2,000 tan.

“Daripada data 2019 hingga Februari lalu, ada sedikit pening­katan setiap tahun iaitu 2,285 tan (2019), 2,061 tan (2020), 2,116 tan (2020), 2,183 tan (2021) dan 2,279 tan (2023),” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

ORANG ramai digesa berjimat cermat agar tidak menghasilkan sampah yang banyak.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai agar membudayakan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian demi menyelamatkan negara dan bumi daripada terus dicemari sampah.

“Menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan segala sisa plastik, kaca, kertas terutama­nya daripada barangan seharian di rumah untuk dikitar semula. Langkah bijak ini akan dapat menyelamatkan dunia kita untuk terus bertahan dan menjadi tempat yang selamat.

“Apa yang saya ingin sarankan bawa beg sendiri apabila membeli-belah atau sediakan bekas makanan sendiri ketika ingin membeli juadah di kedai atau gerai,” pesannya.

Selain itu, Ummi Kalthum turut meninggalkan pesanan agar orang ramai mengamalkan sikap berjimat-cermat agar tidak menghasilkan sampah dengan banyak.

“Kalau baju lama, tudung lama masih boleh pakai, kalau dah tidak mahu boleh sumbang kepada yang memerlukan, jangan terus dibuang macam itu sahaja.

“Mana-mana bekas yang sudah tidak digunakan, boleh ditukar fungsinya menjadi barang lain seperti pasu dan sebagainya untuk kita terus meminimumkan sampah di negara ini,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI