fbpx

Sanusi sahkan hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi.

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor hari ini mengesahkan akan menghadiri Rumah Terbuka Malaysia Madani di sebuah hotel di sini, esok bagi mengiringi Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbarnya, Muhamad Mat Yakim dalam satu pesanan ringkas melalui WhatApp.

“MB (Menteri Besar) dijadual hadir pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani mengiringi Sultan Kedah, Sultan Salehuddin Sultan Badlishah, esok,” katanya di sini hari ini.

Keputusan itu adalah rentetan daripada kenyataan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hari ini yang memaklumkan bahawa Sultan Kedah berkenan untuk berangkat mencemar duli ke majlis rumah terbuka peringkat Kedah.

Muhammad Sanusi dalam satu sidang akhbar semalam, menjelaskan bahawa beliau akan menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Madani bersama Perdana Menteri itu bagi mengiringi Sultan Sallehuddin.

Katanya, walaupun belum menerima sebarang jemputan rasmi atas kapasitinya sebagai Menteri Besar untuk majlis rumah terbuka itu, beliau tetap akan menghadiri majlis itu bagi mengiringi Sultan Kedah sekiranya baginda berkenan menghadiri majlis tersebut.

Sebelum ini, Rumah Terbuka Malaysia Madani menjadi polemik perseteruan terbaharu antara Muhammad Sanusi dan Kerajaan Persekutuan selepas isu LIMA’2023 dan Majlis Kewangan Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI